Anak Tak Sah Taraf JPN Kekalkan Dasar Sedia Ada

PUTRAJAYA, 4 Zulkaedah 1438H Jumaat – Ketua Pengarah Pendaftaran, Datuk Mohd Yazid Ramli dalam kenyataan media hari ini menegaskan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan terus melaksanakan dasar sedia ada sepertimana yang telah diputuskan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini berhubung isu pendaftaran anak tak saf taraf.

Ia berikutan tercetusnya bantahan dan kegusaran nitizen berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak yang dikandung luar nikah, dibinkan kepada suami ibunya.

Memetik sumber Menara.my, Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang Islam, adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak dibinkan dengan nama orang yang mengaku diri sebagai bapa memandangkan kanak-kanak telah dilahirkan kurang dari enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinan ibu bapa.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Julai lalu yang memihak kepada pemohon seperti yang dilaporkan oleh media, Datuk Mohd Yazid berkata, “JPN melalui Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

“Sehubungan dengan itu, pelaksanaan semasa di JPN berkaitan penasaban anak tak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada. Sebarang pindaan terhadap pelaksanaan semasa hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperolehi,” katanya.

JPN akan terus melaksanakan polisi sediada tanpa perubahan selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kelak.

Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang Islam, adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak dibinkan dengan nama orang yang mengaku diri sebagai bapa memandangkan kanak-kanak telah dilahirkan kurang dari enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinan ibu bapa

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.