Fatah lancar intifada lindungi Al-Aqsa

BAITULMAQDIS 30 Syawal 1438H, Isnin – Pihak berkuasa Fatah me­lancarkan intifada atau kebangkitan terbaharu rakyat Palestin bagi meningkatkan usaha berterusan melindungi Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada penyokong­nya, pergerakan yang diketuai Pre­siden, Mahmoud Abbas itu menegaskan, kempen di Baitulmaqdis telah bermula dengan berkesan dan tidak akan berhenti sehingga kawasan suci bagi umat Islam tersebut dibebaskan daripada penjajahan Israel.

Portal berita The Times of Israel melaporkan, pergerakan Fatah turut melancarkan kempen besar-besaran menghalang rancangan Israel me­ngawal Masjid Al-Aqsa selain mengisytiharkan tiga hari berkabung serta mogok umum untuk menghormati penunjuk perasaan yang maut ketika menyer­tai bantahan di masjid ber­kenaan.

Dalam per­kembangan terbaharu, dua remaja lelaki Palestin maut ketika pertempuran dengan tentera Israel, menjadikan angka korban meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari.

Israel dilaporkan telah menambah bilangan anggota ten­­tera di Tebing Barat dan me­ngadakan serbuan ke atas rumah penye­rang yang dikaitkan dengan ke­ganasan berhubung langkah keselamatan di Masjid Al-Aqsa.

Pihak berkuasa Israel juga telah memasang kamera ke­se­la­matan baharu di pintu pagar kawasan sekitar masjid dan Kabinet Israel memulakan sesi untuk membincangkan langkah ke­se­la­matan alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan pengesan logam di kawasan masjid.

Semalam pasukan polis me­nyu­­raikan penduduk Palestin yang membaling batu ke arah pa­­su­kan keselamatan Israel di Bai­tulmaqdis ketika kebimba­ngan antarabangsa memuncak eko­­ran keganasan yang berterusan.

Rusia, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataan bersama menyatakan kebimbangan de­ngan peningkatan ketega­ngan dan pertempuran di Baitulmaq­dis selain menggesa kedua-dua pihak bertenang.

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan pertemuan esok bagi membincangkan keadaan itu.

Sementara itu menurut portal berita Mail Online, Penasihat Diplomatik Mahmoud Abbas, Majdi Khaldi berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Jordan, Arab Saudi, Mesir, Maghribi serta beberapa negara Islam lain bagi menyelesaikan ketegangan di Baitulmaqdis.

Beberapa portal berita melaporkan mengenai serangan roket yang dilancarkan dari utara Tebing Barat awal pagi ini.

Namun pasukan pertahanan Israel (IDF) mendakwa roket itu meletup di udara dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tentera Israel mengumumkan telah menahan 29 orang termasuk enam anggota pergerakan Hamas hari ini.

Terdahulu di Kaherah, Mesir, pemimpin-pe­mimpin Liga Arab menegaskan Israel seakan ‘bermain dengan api’ apabila men­cetuskan ketegangan di Baitulmaqdis.

“Mereka (Zionis) mempertaruhkan risiko besar dengan dunia Arab dan Islam,” jelas liga itu dalam satu kenyataan hari ini. – Sumber: Utusan Online

Pihak berkuasa Fatah me­lancarkan intifada atau kebangkitan terbaharu rakyat Palestin bagi meningkatkan usaha berterusan melindungi Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis

 

 

 

 

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.