Walaupun pernah satu ketika Mat Sabu menjadi orang yang paling lantang mengkritik Mahathir, namun semenjak menjadi rakan sekutu parti Bersatu, Mat Sabu menyerahkan kepada budi bicara Mahathir sama ada untuk meminta maaf atau sebaliknya.

SHAH ALAM, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Presiden PAN, Mat Sabu tidak dapat memberikan jawapan bagi pihak Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung insiden Memali yang berlaku lebih tiga dekat lalu.

Walaupun pernah satu ketika Mat Sabu menjadi orang yang paling lantang mengkritik Mahathir, namun semenjak menjadi rakan sekutu parti Bersatu, Mat Sabu menyerahkan kepada budi bicara Mahathir sama ada untuk meminta maaf atau sebaliknya.

“Terserah kepada dia. Dia orang yang bijak,” katanya yang dipetik dari Sinar Online.

Presiden parti yang tiada pendirian itu berkata, beliau membiarkan Mahathir untuk membuat keputusan sendiri kerana sekarang beliau sendiri sudah tidak dapat memberikan jawapan bagi pihak Mahathir.

“Terserah kepada dia. Dia orang yang bijak” – Mat Sabu

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.