Kedudukan Raja-Raja Terancam Disebabkan ‘Talibanisasi Melayu’ – Zaid Ibrahim
Kedudukan Raja-Raja Terancam Disebabkan ‘Talibanisasi Melayu’ – Zaid Ibrahim

PETALING JAYA, 8 Zulkaedah 1438H Selasa – Bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mendakwa kedudukan Raja-Raja bakal terancam disebabkan oleh ‘Talibanisasi Melayu’.

Katanya melalui bloq zaid.my, keadaan ini dimulakan dengan usaha untuk merealisasikan impian umat Islam di Malaysia yang inginkan kedudukan Mahkamah Syariah diperkasakan menerusi pindaan Akta 355.

Dipetik daripada blognya, Zaid Ibrahim berkata, “Masa depan Raja-Raja sebagai ‘Raja berpelembagaan’ hanya terjamin sekiranya Malaysia bebas dari Taliban dan kekal sebagai negara moden dengan beberapa ciri-ciri demokratik (meskipun masih cacat-cela ketika ini).

“Tiada negara dalam dunia ini yang aman apabila parti-parti yang bersifat agama dibenarkan untuk mengenakan perundangan bersifatkan agama,” katanya lagi.

Tulis Zaid Ibrahim lagi, perang saudara seperti yang di Syria bakal meletus dalam negara ini sekiranya ‘Taliban Malaysia’ menjadi semakin bertambah kuat dan mula mendesak untuk mengamalkan perundangan agama.

“Negara-negara seperti Indonesia (kecuali Aceh), Turkey, Jordan, Tunisia, Morocco dan Algeria adalah lebih aman, dan mereka tidak mempunyai undang-undang sepertimana Akta 355 kita,” dakwanya lagi.

Zaid Ibrahim turut membuat ramalan bahawa kesejahteraan Raja-Raja Melayu bakal terjejas sekiranya negara ini dilanda kemiskinan dan kehancuran disebabkan oleh perang saudara yang dibayangkan olehnya.

Tambah Zaid Ibrahim lagi, “Negara yang telah menjadi miskin dan hancur dek perang akan tidak mampu untuk menjaga kesejahteraan walau seorang Raja, apatah lagi kesembilan mereka. Raja-Raja Melayu mestilah berwaspada dengan Taliban dari kalangan penasihat-penasihat dan orang-orang bawahan mereka.

“Tentu Sultan-Sultan tersebut tidak akan duduk berpeluk tubuh sahaja dan melihat kehancuran budaya Melayu dan karakter rakyat-rakyat mereka sendiri hanya kerana sebilangan Taliban yang sedang berkuasa mendakwa mereka sedang melaksanakan “undang-undang Tuhan”?,” katanya lagi.

Zaid Ibrahim turut mendakwa bahawa Sultan-Sultan mempunyai tanggungjawab menurut Perlembagaan untuk mempertahankan budaya dan tradisi masyarakat Melayu, kaum yang aman dan bertoleransi yang cintakan keseronokan, muzik dan budaya.

Zaid Ibrahim berkata, “Sultan-Sultan mestilah memastikan keadaan kaum Melayu adalah, sepertimana mereka, bijak dalam urusan dunia dan mampu tinggal dalam keselesaan.

“Mereka akan gagal dalam tugasan mereka sekiranya kaum Melayu menolak pendidikan moden, muzik moden, menentang penvaksinan dan mula tinggal dalam “kelompok-kelompok”,” katanya lagi.

Jika memperkasakan undang-undang syariah dipanggil Talibanisasi Melayu, maka eloklah ianya disegerakan agar perkembangan islam dan kerukunan Melayu seimbang dengan Liberasasi Melayu. – Admin

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.