Ketum - Tiga penuntut IPT ditahan

BEHRANG, 1 Zulkaedah 1438H, Selasa – Tiga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) diberkas polis bersama 14 bungkus plastik dan tiga botol cecair dipercayai air ketum.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, seorang pelajar berusia 18 tahun dan dua orang berusia 19 tahun itu ditahan di dapur sebuah umah sewa, di Bandar Behrang 2020.

Serbuan kira-kira jam 8.45 malam tadi dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim bersama anggota Balai Polis Behrang Stesen.

“Ketika anggota polis tiba ke premis itu, pintu rumah didapati tidak berkunci dan terus menuju ke dapur. Anggota polis memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan fizikal ke atas pelajar terbabit tetapi tidak menemui bahan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur menemui 14 bungkus plastik dan tiga botol air dengan isi padu 1.5 liter disyaki air ketum dalam bekas polisterin di bawah sinki.

“Semua cecair yang disyaki air ketum itu dirampas dan tiga pelajar itu ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Siasatan awal mendapati dua pelajar berasal dari Perlis dan seorang dari Perak itu mendapat bekalan air ketum dari Manjung,” katanya.

Beliau berkata, saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti air ketum itu disimpan di rumah berkenaan. – Sumber: ismaweb.net

“Semua cecair yang disyaki air ketum itu dirampas dan tiga pelajar itu ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Siasatan awal mendapati dua pelajar berasal dari Perlis dan seorang dari Perak itu mendapat bekalan air ketum dari Manjung” – Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.