Lantik Mufti Selain Dari Berkelulusan Pengajian Islam – Ahli DAP, Tajuddin Rasdi
Lantik Mufti Selain Dari Berkelulusan Pengajian Islam – Tajuddin Rasdi, Ahli DAP

BANGI, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Seorang ahli DAP menggesa kerajaan supaya melantik mufti yang mempunyai kelulusan dalam bidang selain Pengajian Islam supaya tidak ketinggalan zaman.

Baca juga: Bahaya Jika Ada Mufti Ultra Kiasu

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, Prof Tajuddin Rasdi dari Universiti UCSI mengatakan, “Mereka (mufti) perlu mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang dengan ijazah atau PhD dalam seni bina atau pengajian sosial.”

Menurutnya pemimpin Islam perlu mempunyai kemampuan untuk melihat dunia dari perspektif yang lain juga.

“Pemimpin Islam perlu mampu melihat gambaran lebih besar dari segi alam sekitar, psikologi, seni bina dan lain-lain,”

Menurutnya institusi seperti mazhab Hanbali mempunyai kelemahan kerana dikendalikan oleh manusia.

“Tetapi, mereka yang memberi kata putus. Bagaimana kita boleh kata demikian sedangkan mereka jelas mempunyai kelemahan,” tegasnya lagi.

Menurut Tajuddin Rasdi, orang ramai sepatutnya berhak untuk mempersoalkan kewujudan mazhab itu.

Tajuddin menegaskan lagi bahawa penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama berdasarkan fatwa adalah bermasalah.

Tajuddin antara lain mendakwa bahawa Kassim Ahmad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya namun demikian pendapatnya dianggap sesat.

Tajuddin merupakan ahli DAP semenjak tahun 2012 kerana ingin menjadi jambatan antara orang Melayu dan bukan Melayu. – Sumber

“Pemimpin Islam perlu mampu melihat gambaran lebih besar dari segi alam sekitar, psikologi, seni bina dan lain-lain” – Tajuddin Rasdi, Ahli DAP

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.