Mahmoud-Abbas: Palestin gantung hubungan dengan Israel

BAITULMAQDIS, 30 Syawal 1438H, Isnin – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggantung hubungan dengan Israel sebagai protes langkah rejim Tel Aviv itu mencetuskan ketegangan ke atas Masjid al Aqsa.

Abbas berkata, penggantungan itu akan berterusan sehingga Israel membatalkan semula langkah keselamatan baharu di tapak ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

“Saya bagi pihak pimpinan Palestin, mengumumkan pembekuan semua hubungan dengan negara pendudukan di semua peringkat sehingga Israel berkomitmen untuk membatalkan semua langkah-langkah terhadap rakyat Palestin secara umum dan masjid al Aqsa khususnya,” katanya.

Beliau menyifatkan langkah keselamatan yang cuba dilakukan oleh Israel sebagai tindakan palsu yang berhasrat untuk mengawal masjid itu.

Abbas berkata demikian selepas kematian tiga penduduk Palestin dan ratusan yang lain cedera pada Jumaat lalu ekoran pertempuran dengan pasukan penceroboh Israel.

Pertempuran itu menyebabkan pimpinan Israel memutuskan untuk meneruskan pemasangan alat pengesan logam di pintu masuk kompleks itu, termasuk masjid al Aqsa dan Dome of the Rock.- Agensi

“Saya bagi pihak pimpinan Palestin, mengumumkan pembekuan semua hubungan dengan negara pendudukan di semua peringkat sehingga Israel berkomitmen untuk membatalkan semua langkah-langkah terhadap rakyat Palestin secara umum dan masjid al Aqsa khususnya” – Mahmoud Abbas

Situasi di Masjid Al Aqsa Palestin

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.