Penjara 18 Bulan Rafizi Kekal
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas menolak rayuan yang dikemukakan Rafizi terhadap sabitan dan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 November lalu

KUALA LUMPUR, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli terhadap dakwaan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas menolak rayuan yang dikemukakan Rafizi terhadap sabitan dan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 November lalu.

Bagaimanapun mahkamah melepas dan membebaskan Naib Presiden PKR itu daripada pertuduhan memiliki laporan audit berkenaan yang juga dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan sebelum ini.

Mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu bagi memberi peluang Rafizi melalui peguamnya Gobind Singh Deo merayu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Hukuman tersebut diperintah berjalan serentak, sebelum Rafizi memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi didakwa memiliki satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah OSA.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Rafizi, turut didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas menolak rayuan yang dikemukakan Rafizi terhadap sabitan dan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 November lalu.

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.