Rani Kulup Belum Tergamak Nak Cemarkan Maruah dan Martabat Diri Dengan Merogol Siti Kassim

KUALA LUMPUR, 3 Zulkaedah 1438H Khamis – Nama Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim terus menerima kecaman nitizen apabila Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup menafikan dirinya merupakan individu yang ditahan pihak polis berhubung ancaman rogol terhadap aktivis LGBT dan peguam itu.

Memetik laporan MassaTV sebentar tadi, Abdul Rani sebagai berkata, walaupun marah dengan kenyataan Siti Kassim sebelum ini yang sering ‘menyerang’ institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sebagainya, namun pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang komen yang berbaur ugutan seperti yang dilaporkan itu.

“Memanglah saya marah dengan kenyataan dia yang (sebelum ini) sering menyerang dan menghina Jakim, Jawi dan sebagainya, tapi saya belum tergamak nak cemarkan maruah dan martabat diri saya dengan merogol dia.

“Apa ingat saya tak ada ‘taste’ (selera) kah?

“Bukan sahaja saya, malah orang asli sendiri belum tentu ada selera nak rogol perempuan macam tu,” katanya ketika mengulas mengenai khabar angin kononnya dia merupakan individu yang ditangkap pihak polis berhubung ancaman tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam mengesahkan pihaknya telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan kerana dipercayai membuat ugutan pancung dan rogol terhadap Siti Kasim, melalui media sosial baru-baru ini.

Menurut Amar suspek tersebut akan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu Rani turut mengesa agar pihak berkuasa turut menahan serta memberikan kursus ‘pemulihan akidah’ terhadap Siti Kassim.

“Saya menyeru Jakim, Jawi dan sebagainya segera menahan dan melakukan siasatan terhadap Siti Kassim, bukan tangkap Raja Bomoh.

“Selepas tangkap beri ‘kursus’ dakwah dan pemulihan akidah agar dia boleh segera bertaubat dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam,” tegasnya pula.

Beberapa hari lalu, peguam yang pernah mencetuskan kontroversi, terutama apabila membabitkan isu berkaitan perundangan Islam, membuat laporan polis berikutan ancaman yang diterimanya.

Dia mendakwa menerima pelbagai ancaman serius seperti mahu merogolnya, menyimbah asid ke wajahnya, merejamnya dengan batu, dan juga ancaman untuk memancungnya, lapor MassaTV.

Tinjauan BVM di media sosial mendapati rata-rata nitizen mengecam dan menyindir Siti Kasim berikutan beberapa siri serangan dalam bentuk penghinaan beliau terhadap institusi Islam di Malaysia.

“Bukan sahaja saya, malah orang asli sendiri belum tentu ada selera nak rogol perempuan macam tu,” – Abdul Rani Kulup

PERINGATAN:

Berita Viral Malaysia (alambiz.com) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.